Hello!!
post kali ni agak sedih kerana teman hidupku sakit..habis air mata darah mengalir hari-hari..betapa sedih bila dia sakit dan banyak hari tidak dapat bermesra..
tapi saya bernasib baik kerana dia belum pergi dan penyakitnya boleh dirawat..syukur alhamdulillah tapi kos perubatan agak mahal dikala ketiadaan duit ni..terasa ingin masuk Bersamamu untuk meminta simpati rakyat Malaysia namun masih mahu cuba sedaya upaya memulihkannya dengan kudrat yang tidak seberapa ini..
sekarang ketika berjalan ke kelas,sebelum tidur,semuanya keseorangan tanpa dia menemani..masa tidur dah takde orang nak menyanyi di telinga ni tanpa mengeluh keletihan..sudah tiada hiburan dalam hidup ini..kosong,kosong!!
terasa ingin meraung memanggil namanya namun apakan daya..dia seorang yang pekak dan hanya boleh bercakap dan menyanyi saja..tolonglah..tiada siapa dapat menggantikan dia..hari-hari berdoa agar dia cepat sembuh namun dia masih dalam keadaan begitu..tolonglah ya Tuhan..selamatkanlah nyawanya..bukakanlah hatinya untuk kembali menemani diri ini..jangan biar aku sepi seorang diri..
.
.
.
.
.
MP4 ku..
kembalilah kepada aku..aku sunyi tanpa mu..tiada lagi kau untuk memelukku..minta maaf atas kecuaian aku kerana tidak menjagamu dengan sempurna dan penuh kasih sayang..kaulah hadiah hari jadi yang paling aku sayang..janganlah kau pergi tinggalkan diri ini..please..aku janji kalau kau kembali,aku akan melamar kau..jadilah teman hidupku wahai MP4..aku akan cuba sedaya upaya untuk membeli mulut baru untukmu a.k.a earphone..kembalilah~
Penyakit yang dialaminya adalah earphonenya telah rosak kerana terdapat luka kecil/terkoyak dibahagian wayarnya..sedih~
nampak tak ada luka kecil kat wayar tu??
p/s : kalau benda itu mampu menemani kita ketika duka dan menggembirakan kita,apa salahnya kita menganggap dia seorang teman yang setia..cewah..ayat makin power ye..haha..




0 comments:
Post a Comment