Followers

Saturday, March 13, 2010

Dinner Sana,Dinner Sini..

Hello!!
minggu ini sangat sibuk dengan majlis makan malam a.k.a dinner atau masa untuk melantak makanan sedap-sedap dan mengambil gambar sebanyak mungkin..minggu ni ada 2 dinner iaitu dinner kolej dan dinner geologi..masing-masing mempunyai tema yang berlainan..so sedapla nak beragam..hehe..

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Dato' Onn 2009/2010
Pada malam Isnin,8 Mac 2010,bertemakan Bollywood, Dewan Canselori Tun Abdul Razak dilimpahi dengan warna-warna lampu yang cantik-cantik seiring dengan slogan "Colours Of Bollywood"..namun saya tak dapat duduk di meja makan kerana perlu bekerja dan membuat persembahan pada malam itu..sebagai ajk persembahan,saya perlu sentiasa berada diatas pentas..yang bestnya,saya yang koreograf tarian-tarian pada malam itu..kesemua ada 3 tarian yang saya kendalikan..tarian pembukaan,tarian ketika makan dan tarian penutup..sangat berpuas hati dengan komen-komen yang diterima ya..terbalas setiap penat lelah saya selama sebulan untuk memberikan yang terbaik..terima kasih kepada penari-penari yang sentiasa bersama saya walaupun banyak kena marah,pengarah sekretariat persembahan dan semua yang banyak membantu..sehati,sekeluarga..Ejat, Madie dan Saya

Di Pintu Lobi Utama

Bersama Bonda Pengetua KDO

Dress For That NightBaju 2 Layer
1. Kurta (Kamdar,Jalan Masjid India) - RM45
2. Kot (Custom Made by My Mom) - Priceless
3. Chiffon Shawl (Custom Made by My Mom) - Priceless

Majlis Alumni Dan Makan Malam Geologi 2009/2010
Pada malam Sabtu,13 Mac 2010,bertemakan "Colourful Of Life" diadakan di Hotel Equitorial,Bangi..sangat meriah dan grand ye..sebab hotel kan..walaupun saya bekerja sebagai sekretariat persembahan juga pada kali ini tapi saya dapat duduk di meja kerana tidak perlu membuat persembahan dan menjadi runner..dapatlah melaram dengan baju dan ambil gambar banyak-banyak..banyak goodies yang saya dapat dan yang paling best,saya menang lucky draw..fuyoh..haha..1st time tu..terima kasih kepada semua AJK dan yang terlibat bagi menjayakan makan malam ini yang sangat best dan berbaloi dengan apa yang kami bayar..yang tak datang sebab nak jimat duit tu,korang dah terlepas 1 lagi memori indah sebagai pelajar universiti dan pelajar geologi..huhu..satu geologi,satu hati..Setting Meja Smart

Dessert yang sedap

Bersama Varrenni "Kami Menang Lucky Draw 1st time"

Pasangan yang memakai baju yang secocok

It's Me

Dress For That Night
simple white V-shape printed Tshirt kemudian vest plain hitam dan blazer putih dengan kemasan line hitam dihiasi brooch hitam putih..memakai seluar slack hitam dan kasut PVC hitam..a casual yet look formal dress..

1. TShirt V-shape Neck (Romp,Mid) - RM 49.90

2. Vest (Romp,Mid) - Free Beli TShirt Tadi

3. Blazer (Beli Kat Terminal 1,Seremban) - RM90

4. Brooch Aksesori Blazer (Maple,Mines) - RM13


p/s : dinner sekali sekala bukan selalu pun..

2 comments:

Alynn Notnot said...

gila hebat kaw. ak lgsg tak minat doh bnda2 cmni :))

Afifie Chan said...

haha..aku suke benda yg brkaitan dgn enjoy..haha..asl kau xminat plk??abis time dinner kiy kau xpegi ke??

Related Posts with Thumbnails