Followers

Friday, February 19, 2010

Tragedi CNY..

Hello!!
ketika menulis ni,saya masih dalam mood Chinese New Year kerana tak puas meraikannya tahun ni..tahun ni tak seperti tahun-tahun sebelum ni sebab tahun ni saya raya dalam suasana berkabung..kenapa??mengapa??makin ramai reporter di Malaysia..haha..biar saya cerita dari awal ye..bermula dari perjalanan pulang ke Kelantan dari KL..

11 Februari 2010, 8.30 malam..
saya,baby,abang,alie dan kak leeya memulakan perjalanan dari rumah sepupu di Nilai 3..perjalanan yang penuh gelak ketawa namun sunyi tanpa saya kerana saya telah pengsan akibat kemengantokan melampau..tapi berjaga ketika sampai di Gombak..hehe..tak lama pun tidur..perjalanan berhenti di Stesen Petronas Genting Sempah (promote-promote)..apa yang bestnya di Petronas ni berbanding Petronas lain??dia ada bagi minuman percuma..sekali lagi PERCUMA!!haha..dah percuma,saya pun belasah la 2 cawan jus epal Tropicana dan 3 cawan Nescafe..itu pun sebab dia dah nak tutup..kalau tak,adalah 2-3 cawan lagi..haha..terima kasih kepada Petronas yang begitu memahami pengguna jalan raya dan kepada Nescafe dan Tropicana untuk penyegar tekak yang sangat sedap dan membuatkan mata saya terbuka macam burung hantu..memang promote habis-habisan la dengan harapan dapat scholarship..haha..poyos..setelah itu,perjalanan diteruskan..minuman PERCUMA!!

12 Februari 2010, 4 pagi..
menjejakkan kaki di rumah terchenta..yeah..dan terus melelapkan mata tanpa sedar..bak kata Kak Norie,tidur syahid..haha..

12 Februari 2010, 9 pagi..
bangun untuk menolong aunty saya menyiapkan tempahan kuih Bakul dan kuih koci (should try one day sebab sedap sangat!!)..membungkus kuih dengan mata yang hanya beberapa milimeter terbuka ibarat mashimaro..oh tidak..dan ketika ingin ke tandas,saya ternampak atok saya sedang beradu..saya mula terasa sesuatu yang pelik..perasaan je kot..sepanjang hari merasa seakan lain..

12 Februari 2010, 7 petang..
balik ke rumah dari rumah aunty..sebelum balik ternampak atok lagi sekali..masih beradu..perasaan itu tetap tak hilang..hish..asal ni??balik je terus main dengan Opet,monyet kesayangan Bila..siap ambil gambar lagi..hehe..muka mengantok..
12 Februari 2010, 8.45 malam..
tengah makan dengan gembiranya sambil berborak-borak..tetiba mendapat panggilan dari uncle Beng Su mengatakan bahawa atok sedang sakit tenat..dengan tergesa-gesa,semua bersiap untuk ke rumah aunty balik..memang perasaan itu makin lain..sampai je kat rumah aunty,tengok atok sedang terbatuk-batuk seperti ingin mengeluarkan kahak..terdengar juga seperti terlalu banyak kahak tersekat di kerongkong..ramai ingat hanya hal biasa..tapi lama kelamaan,keadaan atok semakin tenat..terus parent dan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik bercadang untuk menghantar atok ke hospital..Linda dah perasan yang mata atok sudah memandang ke langit,sudah tidak mendengar suara panggilan orang sekeliling..setelah semua siap,atok terus dihantar ke hospital..tapi saya dan adik beradik yang lain menunggu di rumah aunty..

12 Februari 2010, 9.40 malam..
aunty mendapat panggilan daripada mama..dengan nada tenang,aunty beritahu kami yang atok sudah tiada..semua tergamam..sepupu-sepupu,adik-beradik yang lain termasuk saya..aunty mengatakannya seperti perkara biasa berlaku..tanpa setitis pun air mata..kami terkejut..sangat..selepas itu,abang pun sampai..abang menangis dan baru saya sedar yang perkara ini benar-benar berlaku..nak kena penampar kot baru betul-betul sedar..WAKE UP AFIFIE!!YOUR GRANDPA DEAD..really..oh damn..

12 Februari 2010 dan seterusnya..
hari-hari hangout kat tepi keranda atok sebab kena 'teman' atok kerana atok kena simpan dalam rumah selama 5 hari sebelum dikebumikan..itu adat dan cara orang beragama Buddha melakukan adat istiadat kematian..boleh belajar adat agama lain..best..hehe..macam-macam expressions boleh nampak..selalu kematian diselubungi kesedihan dan tangisan tapi asal masa atok mati,dalam rumah tu macam disko??itulah tandanya orang-orang yang tak ingat mati and orang yang tak sedar ada orang mati dalam rumah..gelak ketawa cam haram,tonggang botol arak lagi,buka Hi-fi cam kat dalam konsert Lady GaGa..ishk3..sedarlah insan,nanti korang mati,aku buat camtu,suka tak??malas nak layan..fikirlah sendiri..keranda atok..
masa nak kebumi mayat atok,pada hari kedua CNY,kitorg yang relate paling dekat dengannya perlu berbaju putih dan diberi kain putih sebagai tanda ahli keluarga kot..hehe..tak belajar habis..sepanjang atok berada di rumah,kitorang tak boleh pakai baju merah,kuning or seakan dengannya..alternatif terbaik,baju hitam atau putih..hehe..penat jugaklah nak geledah almari untuk cari baju kaler tu..huhu..hari pengebumian..

itulah serba sedikit peristiwa yang berlaku time CNY 2010..CNY paling sedih sebab saya kini tidak mempunyai nenek atau atok dah..huhu..banyak jugaklah kisah sedih yang saya dengar selepas kematiannya..bagaimana dia telah memberi petanda awal pemergiannya..dia tanya kat aunty bila raya sebab dia dah nak mati..aunty cakap sabarlah raya lagi sepuluh hari..tapi nampaknya dia dah taknak beraya dah..huhu..

p/s : bila sudah tiada di depan mata,barulah manusia akan menghargainya..

5 comments:

.khai. @ drcomot said...

comellah monyet tu..
tapi macam sama ngn kau jer.. huhu

Afifie Chan said...

mne ade..sedap je kau..haha..

Shykin said...

hi ..nice blog..sy folo awak... sudliah kiranya..:)

Afifie Chan said...

shykin,thnx for following and for the compliment..hehe..rajin2 la singgah n komen ye..hehe..

firefly said...

wasey. is tat reli a monyet!! looks more like..dunno wat kind of monster.. garang giler..

Related Posts with Thumbnails