Followers

Tuesday, February 9, 2010

Tips Penjagaan Muka Bagi Lelaki..

Hello!!
kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana nak menjaga muka agar sentiasa bersih dan terjaga..
lelaki tidak memerlukan terlalu banyak produk penjagaan seperti wanita..
apa yang penting anda memiliki 3 produk utama iaitu toner,moisturizer dan krim malam..

1.Toner
toner adalah salah satu alternatif untuk anda skip daripada mencuci muka..seperti saya yang malas nak guna sabun cuci muka,saya lebih suka menggunakan toner..berkesan walaupun tanpa air..banyak jenama toner boleh didapati dan saya memakai toner jenama Lancome..Lancome merupakan jenama wanita namun ia tidak mengandungi hormon wanita seperti colagen..as long as ia berkesan,why not..hanya menggunakan kapas muka,letak sedikit amount of toner dan kesatkan diatas muka sehingga meliputi keseluruhan muka..bagi muka yang berminyak,sila kesatkan dan tumpukan pada bahagian yang berminyak terutama dahi dan hidung..biasanya toner digunakan sebelum masuk tidur/pada waktu malam..

2. Krim Malam
krim malam boleh didapati dalam banyak jenis..ada yang berbentuk krim dan gel..saya lebih suka gel kerana lebih sejuk dan tenang..saya menggunakan Hydra Zen by Lancome..ia mampu menenangkan diri kita dan otot-otot muka selepas penat seharian..ia juga disyorkan untuk orang remaja yang bermasalah jerawat macam saya..selalunya ia digunakan sebelum tidur selepas pengunaan toner..

3. Moisturizer
moisturizer atau pelembap adalah untuk melembapkan kulit seharian agar tidak kering dan kusam..moisturizer amat penting di Malaysia kerana cuaca yang agak panas..sebelum memulakan aktiviti harian / selepas mandi,sapukan sedikit moisturizer di keseluruhan muka..gunakan moisturizer sebelum memulakan aktiviti harian..saya kini memakai jenama Shisheido Men..

ketiga-tiga produk ini cukup untuk menjaga kulit anda seharian..dari pagi hingga malam..kepada sesiapa yang mempunyai bajet lebih,anda boleh membeli lebih banyak produk penjagaan muka sampingan seperti shaver foam,aftershave cream,pencuci muka dan etc..

1. Shaver Foam/Cream
ia merupakan sejenis medium untuk melancarkan proses mencukur dan mengelakkan dari terkena razor burn/luka..mengurangkan tekanan ketika mencukur..saya memakai jenama Nivea for men shaver foam..foam lebih lembut dan mudah berbanding krim..

2. Aftershave Cream
krim ini digunakan selepas mencukur..ia dapat menyejukkan kulit setelah bercukur dan menyembuhkan razor burn..bagi aftershave cream,saya memakai Nivea for men aftershave cream..

3. Pencuci Muka
pencuci muka digunakan untuk menghilangkan debu-debu dan kulit mati pada muka..functionnya lebih kurang dengan toner cuma ia memerlukan air untuk berfungsi..kepada remaja yang berjerawat,elakkan mengguna pencuci yang mempunyai scrub..ia akan merosakkan kulit muka..saya tidak menggunakan pencuci muka..

itulah antara tips-tips yang boleh saya kongsi..saya bercakap mengikut pengalaman bukan mengikut kajian..so jangan tanya secara saintifik ye..hehe..semua manusia perlu menjaga kulit agar kulit tidak kusam dan hodoh..

p/s : belilah produk mengikut kemampuan..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails