Followers

Friday, October 30, 2009

Best First Fieldwork(BFF)..

Hello!!
saya makin berjiwa geologi sekembalinya daripada fieldwork pertama sebagai pelajar geologi UKM..
sebelum ni tengok batu cam takde makna je tapi sekarang,batu pun saya boleh cakap lawa..
haha..
daripada fieldwork nila baru saya tau sebenarnya apa yang kita belajar semasa dalam kuliah..
teori tanpa amali macam nasi tanpa kuah..
banyak yang dapat dipelajari..
macam-macam jenis batu dah diterokai,peta dunia pun dah terlakar dan bumi begitu indah..
ikuti diari fieldwork saya..
------------------------------------------------------------------
First Day : 24 Oktober 2009 (sabtu)
6.30 pagi : mandi dan bersiap sebab kena berkumpul pukul 7.30..barang-barang pun belum pack sepenuhnya..tak tidur malam semalam sebab nak study math bagi abis dan takut terlebih tidur..so saya pun tengoklah cerita Tinkerbell and the lost treasure..sangat best!!
7.00 pagi : sudah siap semuanya and ready to go cafe to eat breakfast..sebab janji dengan kawan-kawan 7.30 berkumpul..awal lagi..hehe..
7.45 pagi : baru dapat bergerak ke bangunan geologi sebab semua baru siap..saya juga yang bersemangat..setiba di bangunan geologi,ramai juga belum sampai lagi..rupa-rupanya bas bertolak pukul 9 bukanlah pukul 8 yang diberitahu oleh pelajar lain..nasib mood pagi tu elok skit..hehe..
9.00 pagi : taklimat dari pensyarah-pensyarah dan koordinator-koordinator semua..selesai je,everybody grabs their belongings and ready to fly..haha..rata-rata bawa 2 beg..yang penting topi yang besar..hehe..
9.30 pagi : bas pun tiba dengan muka slumber and tak bersalah kerana terlewat..bas sangat sesak dan sangat tak selesa sebab 72 orang pelajar disumbat dalam 2 bas je..tak muat..nasib pensyarah-pensyarah begitu prihatin dan mengambil 1 lagi bas..yeay!!perjalanan budak batu bermula..destinasi pertama,Pilah!!
11.30 pagi : tiba di pekan pilah yang sudah dekat setahun tak jumpa..hehe..berhenti untuk makan brunch..selera takde untuk nasi tapi bila dengar KFC,selera datang bagai tsunami..sanggup meredah jalan yang jauh,hanya untuk KFC..haha..bila dah selesai membungkus kesemuanya,balik ke bas dan melihat bas tambahan lebih selesa,pertukaran bas berlaku..saya bertukar dari bas UKM ke bas persiaran..selesa sangat!!setelah semua berada di atas bas,perjalan ke lokaliti pertama bermula..
12.58 tengahhari : tiba di lokaliti pertama..hutan,bukit dan semak..DAMN..awalnya perlu meredah semua itu..tapi jiwa geologi adalah jiwa kental,nampak batu,mesti berhenti..first lokaliti sudah perlu meredah hutan dan semak samun..sangat adventure..best!!redah punya redah,akhirnya tiba di lokasi bekas kuari..sangat cantik..fuh..berbaloi meredah semua itu..lalu taklimat lagi untuk cara mencerap batu-batuan..pencerapan pun bermula..keadaan sangat panas..terima kasih kepada topi yang ejat belikan,sangat besar dan sunburn-free..haha..aktiviti begini sama sahaja di setiap lokaliti yang kami pergi..selepas senaling,kami ke dangi,felda bukit rokan dan akhir sekali jalan rompin-kepis..
7.00 malam : fieldwork untuk first day telah tamat..perjalan ke hotel di Bahau dipenuhi dengan masa tidur..sangat penat..tak lama selepas itu,kami tiba di hotel ACBE,bahau..pembahagian bilik bermula..saya mendapat 2 roomate,faiq dan rifqi..bilik sangat selesa dibandingkan dengan harganya..sampai-sampai bilik,terus mandi..tak tahan..melekit..
9.00 malam : dengan mata yang mengantuk,turun pergi makan malam bersama budak-budak batu UO dan KDO..banyaklah jugak kitorang makan..sedap dan 9 orang makan total rm100..haha..terbaek!!habis je makan,balik hotel dan tidur..

Last Day : 25 Oktober 2009 (ahad)
7.50 pagi : bangun tidur..berkumpul pukul 8.30..selesai bersiap,check out hotel,naik atas bas..tak sampai 15 minit,lokaliti pertama sudah sampai..breakfast pun belum habis dicerna lagi..first lokaliti hari ni sudah mencabar apabila kami perlu merentasi semak samun yang lebih hebat dengan aktiviti panjat memanjat bukit..peristiwa buruk apabila disengat tebuan..sedih..sakit menyebabkan kepala berdenyut2..ramai yang kena..haha..tapi bila dikenang kembali,ia membuat kami semua tersenyum..hehe..memang adventure la..habis mencerap di lokasi pertama ingat boleh turun balik ke bas rupa-rupanya kami perlu ke satu lagi lokasi nun di puncak bukit..yeah..perlu memanjat lagi dan kali ini sangat bahaya apabila kami perlu menaiki bukit curam..nasib semua selamat..kami dapat tengok fossil..best giler..saya membawa balik 2 sampel fossil..best!!lawa..selesai lokasi pertama kami ke lokasi kedua tetapi hujan telah menghalang kami oleh itu,lokasi kedua terbatal..terus ke segamat..lokasi segamat adalah kuari yam fong..bekas kuari juga..sangat cantik..dan akhir sekali,kami ke kuari yang masih berfungsi di gunung ledang!!inilah tempat paling lawa sekali..tergamam jugakla melihat batu-batuan disitu..pencerapan pun berlaku..dan sedikit kata-kata akhir dari pensyarah,koordinator dan pelajar..semua memberi respon yang baik..dan berita terbaik,kami semua mendapat A untuk markah kerja lapangan..best!!
7.30 malam : perjalanan balik ke UKM bermula..namun peristiwa lucu berlaku apabila kami berhenti kencing di stesen petronas dan KFC..setengah ke petronas dan setengah ke KFC..apabila semua selesai,bas pun bertolak,rupa-rupanya ada yang masih tertinggal di tandas KFC..kesian-kesian..haha..kami berhenti di R&R ayer keroh untuk makan malam dan solat..selesai makan,kami bertolak pulang ke UKM..
10.30 malam : tiba di pintu pagar UKM..menandakan selesai fieldwork pertama kami..semua berasa lega dan masih bersemangat fieldwork..sangat best!!
-------------------------------------------------------------------
itulah dia kisah fieldwork pertama saya yang sangat mencabar dan interesting..hehe..
saya mendapat ramai kawan baru terutama budak-budak batu KKM dan Za'ba..
ilmu juga telah bertimbun-timbun di kepala..
semester 2,kami akan ada fieldwork lagi ke pantai timur..
kali ni,kami pergi untuk 8 hari..best!!
tak sabar menantikannya..
I Love Geology!!

p/s : fieldwork bukan setakat untuk menimba ilmu sahaja,perhubungan pun boleh terjalin..just have fun..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails